Thursday, 18 October 2012

Cool - Gadget Dan Aksesori Steampunk (35 Gambar)

Steampunk adalah sejenis cabang kebudayaan yang menggabungkan gaya generasi lalu (seperti era Victoria di England) dengan kemudahan moden seperti aksesori,kenderaan,perhiasan dan sebagainya.Reka bentuknya kelihatan seperti ciptaan "saintis-gila" pada masa lalu yang diilhamkan dari karya-karya pengarang seperti Jules Verne dan H.G.Wells. Rekaannya biasanya berdasarkan kepada nilai estetik,namun fungsinya tidak berubah daripada keadaan asal.



Tuesday, 16 October 2012

Cool - Katil Elevator Di Ruang Tamu (10 Gambar)

Mendapat inspirasi dari mekanikal persembahan pentas, YO! Home cuba memikirkan cara untuk mencipta ruang tambahan di sebuah kediaman apartment. Hasilnya, mereka berjaya memikirkan konsep 'elevator bed' atau 'katil elevator' dimana katil ini boleh naik ke atas siling untuk menunjukkan ruang tamu dibawahnya.

YO! Home apartment konsep membuat kemunculan di 100% Design Exhibition di London. Idea ini telah dicetuskan oleh Simon Woodroffe. Menggunakan 12 bahagian mekanikal, cuba mencipta rumah seluas 80 meter persegi  dengan dilengkapi sebuah bilik, bilik istirehat, bilik tidur, dapur/ruang makan dan pejabat dengan tambahan dua mini wayang dan bilik tetamu.




Monday, 15 October 2012

Kreatif - Potrait Manusia Menggunakan Jari (10 Gambar)

Dito Von Teese, berumur 33 tahun ialah seorang artis dari Itali. Pada suatu hari, beliau mengambil cuti dan mula menangkap gambar jarinya. Menggunakan perisian Photoshop, Dito berjaya menghasilkan satu hasil seni yang sungguh menakjubkan dengan mengambil ilham daripada celebriti dan karakter terkenal. Korang semua boleh teka tak siapa celebriti dan karakter yang korang kenal???




Sunday, 14 October 2012

Menarik - Pertunjukan Layang-Layang Di Festival Angin Australia (17 Gambar)

Semasa Festival Angin ke-34 di Pantai Bondi, Australia, seramai 50,000 pengunjung dan beratus layang-layang dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Acara ini berlangsung pada 9 September lepas di pantai paling popular di Sydney. Antara layang-layang menarik yang membuat kemunculan di sini ialah layang-layang ikan paus dan harimau.




Thursday, 11 October 2012

Cool - Hotel Pokok Untuk Pencinta Alam Semulajadi (16 Gambar)

Hotel Pokok atau Treehotel terletak di Harads, kira-kira 50 kilometer dari bandar Lulea, Sweden. Hotel Pokok ini dibina 4-6 meter dari atas tanah dengan pemandangan Sungai Lule yang menakjubkan.

Hotel ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung. mereka boleh mendaki gunung, berkayak, memancing, menunggang kuda dan ketika musim salji, mereka boleh berjalan dia atas Sungai Lule. Kerana hotel ini terletak di Utara Sweden, pengunjung juga boleh melihat Northern Lights atau Aurora.




Wednesday, 10 October 2012

Ohsem - Landskap Yang Diperbuat Daripada Buku (15 Gambar)

Guy Lamaree besaral dari Kanada ialah seorang yang dianugerahkan dengan pelbagai bakat. Dia merupakan seorang pelukis dan pengarca, tetapi juga merupakan pemuzik, komposer dan pengarah pentas.

Dalam koleksi terbarunya, Guy Lamaree telah mengarca landskap menggunakan buku. Buku yang diukir ini ialah dari beberapa siri koleksi yang dibuatnya diberi nama The Great Wall dan Biblios. Dalam siri ini, Guy mengukir buku menjadi landskap yang menggunakan sehingga 10 buah buku!!.




Monday, 1 October 2012

Ohsem - Kristal Salji Berbagai Bentuk (24 Gambar)

Salji jika dilihat sekilas pandang mungkin kelihatan tiada apa-apa yang menarik mengenainya.Namun jika diteliti secara dekat kita dapat melihat betapa uniknya alam ciptaan tuhan ini walaupun hanya pada sebutir salji.Gambar-gambar berikut menunjukkan kristal salji sebenar yang jatuh ke bumi di Northern Ontario, Alaska, Vermont, Semenanjung Atas Michigan, dan gunung Sierra Nevada California.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...