Thursday 18 October 2012

Cool - Gadget Dan Aksesori Steampunk (35 Gambar)

Steampunk adalah sejenis cabang kebudayaan yang menggabungkan gaya generasi lalu (seperti era Victoria di England) dengan kemudahan moden seperti aksesori,kenderaan,perhiasan dan sebagainya.Reka bentuknya kelihatan seperti ciptaan "saintis-gila" pada masa lalu yang diilhamkan dari karya-karya pengarang seperti Jules Verne dan H.G.Wells. Rekaannya biasanya berdasarkan kepada nilai estetik,namun fungsinya tidak berubah daripada keadaan asal.



Tuesday 16 October 2012

Cool - Katil Elevator Di Ruang Tamu (10 Gambar)

Mendapat inspirasi dari mekanikal persembahan pentas, YO! Home cuba memikirkan cara untuk mencipta ruang tambahan di sebuah kediaman apartment. Hasilnya, mereka berjaya memikirkan konsep 'elevator bed' atau 'katil elevator' dimana katil ini boleh naik ke atas siling untuk menunjukkan ruang tamu dibawahnya.

YO! Home apartment konsep membuat kemunculan di 100% Design Exhibition di London. Idea ini telah dicetuskan oleh Simon Woodroffe. Menggunakan 12 bahagian mekanikal, cuba mencipta rumah seluas 80 meter persegi  dengan dilengkapi sebuah bilik, bilik istirehat, bilik tidur, dapur/ruang makan dan pejabat dengan tambahan dua mini wayang dan bilik tetamu.




Monday 15 October 2012

Kreatif - Potrait Manusia Menggunakan Jari (10 Gambar)

Dito Von Teese, berumur 33 tahun ialah seorang artis dari Itali. Pada suatu hari, beliau mengambil cuti dan mula menangkap gambar jarinya. Menggunakan perisian Photoshop, Dito berjaya menghasilkan satu hasil seni yang sungguh menakjubkan dengan mengambil ilham daripada celebriti dan karakter terkenal. Korang semua boleh teka tak siapa celebriti dan karakter yang korang kenal???




Sunday 14 October 2012

Menarik - Pertunjukan Layang-Layang Di Festival Angin Australia (17 Gambar)

Semasa Festival Angin ke-34 di Pantai Bondi, Australia, seramai 50,000 pengunjung dan beratus layang-layang dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Acara ini berlangsung pada 9 September lepas di pantai paling popular di Sydney. Antara layang-layang menarik yang membuat kemunculan di sini ialah layang-layang ikan paus dan harimau.




Thursday 11 October 2012

Cool - Hotel Pokok Untuk Pencinta Alam Semulajadi (16 Gambar)

Hotel Pokok atau Treehotel terletak di Harads, kira-kira 50 kilometer dari bandar Lulea, Sweden. Hotel Pokok ini dibina 4-6 meter dari atas tanah dengan pemandangan Sungai Lule yang menakjubkan.

Hotel ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk para pengunjung. mereka boleh mendaki gunung, berkayak, memancing, menunggang kuda dan ketika musim salji, mereka boleh berjalan dia atas Sungai Lule. Kerana hotel ini terletak di Utara Sweden, pengunjung juga boleh melihat Northern Lights atau Aurora.




Wednesday 10 October 2012

Ohsem - Landskap Yang Diperbuat Daripada Buku (15 Gambar)

Guy Lamaree besaral dari Kanada ialah seorang yang dianugerahkan dengan pelbagai bakat. Dia merupakan seorang pelukis dan pengarca, tetapi juga merupakan pemuzik, komposer dan pengarah pentas.

Dalam koleksi terbarunya, Guy Lamaree telah mengarca landskap menggunakan buku. Buku yang diukir ini ialah dari beberapa siri koleksi yang dibuatnya diberi nama The Great Wall dan Biblios. Dalam siri ini, Guy mengukir buku menjadi landskap yang menggunakan sehingga 10 buah buku!!.




Monday 1 October 2012

Ohsem - Kristal Salji Berbagai Bentuk (24 Gambar)

Salji jika dilihat sekilas pandang mungkin kelihatan tiada apa-apa yang menarik mengenainya.Namun jika diteliti secara dekat kita dapat melihat betapa uniknya alam ciptaan tuhan ini walaupun hanya pada sebutir salji.Gambar-gambar berikut menunjukkan kristal salji sebenar yang jatuh ke bumi di Northern Ontario, Alaska, Vermont, Semenanjung Atas Michigan, dan gunung Sierra Nevada California.




Friday 28 September 2012

Ohsem - Pentas Opera Yang Dibina Atas Sebuah Tasik (19 Gambar)

Sejak tahun 1946, Bregenz Festival 'Opera Di Atas Tasik' di Austria telah menjadi pentas luar yang paling menakjubkan pernah dibina. Ia dibina di atas Tasik Constance dan mempunyai kapasiti seramai 6,800 orang.

Pada tahun 2007, semasa persembahan Tosca, pengarah filem James Bond - Quantum of Solace berasa sangat kagum akan set opera itu dan membuat keputusan untuk menjadikan tempat itu sebagai pertemuan James Bond dengan musuhnya. Sepanjang ia dibina sejak 1946, Bregenz Festival telah memainkan pelbagai jenis opera yang betul-betul EPIK!!.





Thursday 27 September 2012

Kreatif - Imej Yang Terhasil Dari Titisan Air (9 Gambar)

Markus Reugals ialah seorang photographer berbakat dari German. Dia seorang yang pakar dalam teknik high-speed dan makro photography. Di dalam Flickr page miliknya, Markus telah memuatkan 975 keping gambar hasil dari kerjanya.

Dalam siri terbarunya bertajuk Refractions, Markus menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk mengambil gambar titisan air yang jatuh di hadapan sebuah imej/gambar. Hasilnya, Markus berjaya menangkap imej itu pada titisan air tersebut.




Monday 24 September 2012

Ohsem - Pemandangan Hotel Burj Al Arab Yang Serba Mewah (23 Gambar)

Hotel Burj Al Arab ialah sebuah hotel 7 bintang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia merupakan hotel yang keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian 321 meter. Ia dibina di atas sebuah pulau buatan sendiri 280 meter dari pantai Jumeirah. Bentuk hotel ini mimik sebuah layar sebuah kapal.

Burj Al Arab direka oleh arkitek bernama Tom Wright dari WS Atkins PLC. Walaupun hotel ini kelihatan besar, ia hanya mempunyai 202 bilik. Bilik kecil mempunyai ruang seluas 169m manakala yang besar seluas 780m. Harga bilik pula bermula dari $11,000 hingga $27,000.




Menarik - 16 Material Termahal Di Dunia (16 Gambar)

Kebanyakan dari kita mungkin berfikir material seperti emas atau berlian adalah yang termahal di dunia ini namun terdapat beberapa lagi material yang nilainya beratus kali ganda lebih mahal dan hanya terhasil dalam kuantiti yang sangat kecil.

16. Saffron - RM34/gram


15. Emas - RM171/gram

14. Rhodium - RM178/gram

Sunday 23 September 2012

Lawak - Chuck Norris Yang Menakjubkan

Chuck Norris merupakan seorang legenda di dalam bidang perfileman aksi.Antara buktinya beliau pernah berlawan one-on-one dengan mendiang Bruce Lee.Bagi sesiapa yang sudah mengenali Chuck Norris,kehebatan serta ketokohannya memang tidak perlu dipersoalkan lagi sehingga ada yang melabel beliau "demi-god" kerana kemampuannya melakukan apa saja di luar batasan pemikiran serta logik akal manusia.Kali ni EPIK mahu memaparkan antara sebab-sebab beliau dilabel begitu.


Auto - Lamborghini Mengeluarkan Kereta SUV Bernama URUS (12 Gambar)

URUS ialah sebuah kereta SUV yang unik dari Lamborghini. Ia memiliki bentuk yang sangat berkuasa tetapi tidak terlampau besar. URUS dicipta untuk memenuhi keperluan keluarga yang mahukan pemanduan yang sangat lancar dan selesa. Ia memiliki ruang duduk yang luas dan tempat menyimpan barang yang besar.

URUS berketinggian 1.66 meter, lebar 4.99 meter dan panjang 1.99 meter. Ia dilengakapi dengan enjin 4.0 liter V8 Turbocharge yang memberi kuasa sehingga 600hp dan juga dilengkapi dengan elektrik motor. URUS juga dikatakan lebih ringan sebanyak 100kg berbanding dengan pesaingnya seperti Audi Q7, Porsche Cayenne dan Volkswagen Touareg kerana pengurangan penggunaan karbon fiber.





Pelik - Pameran Rambut Di Muzium Quai Branly Perancis (13 Gambar)

Muzium Quai Branly, Perancis mengadakan satu pameran 'Cheveux Cheris' atau dalam bahasa Melayu dipanggil 'Sayang Rambut'.

Pada pameran tersebut, hampir 280 arca, patung dan gambar yang mempunyai latar belakang rambut yang unik dan ezotik dipamerkan. Kesemua bahan pameran diambil dari seluruh pelusuk dunia. Antara rambut yang dipamerkan ialah rambut kepunyaan orang yang telah dipenggal kepalanya oleh suku kaum asli di Ecuador.




Thursday 20 September 2012

Ohsem - Nostalgia Games 90an (68 Gambar)

Kenangan zaman budak-budak sememangnya tidak dapat dilupakan dan kali ni EPIK nak berkongsi dengan korang gambar-gambar games dari zaman 90an yang membuatkan zaman budak-budak korang sungguh Ohsem walaupun grafiknya tak secantik games masa kini.




Gempak - Filem Dredd 3D 2012 Lebih Aksi Dan Kejam (8 Gambar)

Filem Dredd 3D adalah filem remake dengan tajuk yang sama. Pelakon Dredd sebelum ini ialah Sylvester Stallone. Filem baru ini menggunakan khidmat pengarah Pete Travis. Pelakon Dredd yang baru pula dilakonkan oleh Karl Urban.

Berbanding dengan filem sebelumnya, Dredd 2012 padat dengan aksi yang menarik dibantu oleh teknologi CGI yang mantap. Penampilan Dredd ada sedikit berubah dimana tidak lagi kelihatan pad bahu berkilat pada baju Dredd seperti Dredd sebelumnya. Kostum yang digunakan Dredd juga nampak lebih usang tetapi lebih realistik dan masuk akal.

Filem baru Dredd 3D juga dikatakan lebih gelap dan kejam. EPIK tak sabar nak tengok filem Dredd baru ni. Ada sape2 nak belanja EPIK tak???




Tech - TV Lutsinar Loewe Inviso Yang Ohsem (4 Gambar)

Loewe Invisio merupakan satu konsep TV yang baru direka oleh Michael Friebe. Michael berkata, TV ini merupakan langkah seterusnya dalam inovasi televisyen. TV ini mengandungi flat skrin lutsinar yang boleh disesuaikan dengan persekitaran rumah. TV ini tidak mempunyai bingkai, jernih seperti kaca dan mempunyai TV ini hampir tidak kelihatan apabila tidak digunakan.

Loewe Invisio menggunakan teknologi baru yang menggabungkan LCD dengan teknologi paparan TOLED. Teknologi ini membuatkan televisyen itu membentuk satu paparan yang tidak lutsinar dan jelas dengan penghasilan warna yang banyak dan mantap.




Gadget - PS3 Baru Yang Lebih Kecil Dan Power (5 Gambar)

Baru-baru ni Sony Corp. telah memperkenalkan konsol permainan video PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecik,ringan dan nipis menjelang cuti akhir tahun nanti.Antara sebab utamanya adalah demi bersaing dengan banyak gadget-gadget lain seperti komputer riba,tablet dan smart phone yang makin berleluasa.Saiznya hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.Model baru ni juga ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras (hard-disk) dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model lama iaitu 320 dan 160 gigabit.Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gadget ni akan dijual pada harga AS$269 atau RM823 seunit.Jadi yang belum ada PS3 tu ape lagi,kumpul duit cepat-cepat!




Cool - Hotel Kapsul Moden 9 Jam (13 Gambar)

Hotel Kapsul 9 Jam sangat popular di Jepun. Hotel ini mengandungi 125 kapsul kecil dipanggil hubs yang boleh memuatkan satu orang dewasa untuk tidur. Pada harga $80, pelanggan boleh menginap disini selama satu malam. Hotel ini dinamakan 9 Jam kerana ia mengamalkan konsep 1 Jam Shower + 7 Jam Tidur + 1 Jam Berehat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...