Friday 28 September 2012

Ohsem - Pentas Opera Yang Dibina Atas Sebuah Tasik (19 Gambar)

Sejak tahun 1946, Bregenz Festival 'Opera Di Atas Tasik' di Austria telah menjadi pentas luar yang paling menakjubkan pernah dibina. Ia dibina di atas Tasik Constance dan mempunyai kapasiti seramai 6,800 orang.

Pada tahun 2007, semasa persembahan Tosca, pengarah filem James Bond - Quantum of Solace berasa sangat kagum akan set opera itu dan membuat keputusan untuk menjadikan tempat itu sebagai pertemuan James Bond dengan musuhnya. Sepanjang ia dibina sejak 1946, Bregenz Festival telah memainkan pelbagai jenis opera yang betul-betul EPIK!!.





Thursday 27 September 2012

Kreatif - Imej Yang Terhasil Dari Titisan Air (9 Gambar)

Markus Reugals ialah seorang photographer berbakat dari German. Dia seorang yang pakar dalam teknik high-speed dan makro photography. Di dalam Flickr page miliknya, Markus telah memuatkan 975 keping gambar hasil dari kerjanya.

Dalam siri terbarunya bertajuk Refractions, Markus menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk mengambil gambar titisan air yang jatuh di hadapan sebuah imej/gambar. Hasilnya, Markus berjaya menangkap imej itu pada titisan air tersebut.




Monday 24 September 2012

Ohsem - Pemandangan Hotel Burj Al Arab Yang Serba Mewah (23 Gambar)

Hotel Burj Al Arab ialah sebuah hotel 7 bintang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia merupakan hotel yang keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian 321 meter. Ia dibina di atas sebuah pulau buatan sendiri 280 meter dari pantai Jumeirah. Bentuk hotel ini mimik sebuah layar sebuah kapal.

Burj Al Arab direka oleh arkitek bernama Tom Wright dari WS Atkins PLC. Walaupun hotel ini kelihatan besar, ia hanya mempunyai 202 bilik. Bilik kecil mempunyai ruang seluas 169m manakala yang besar seluas 780m. Harga bilik pula bermula dari $11,000 hingga $27,000.




Menarik - 16 Material Termahal Di Dunia (16 Gambar)

Kebanyakan dari kita mungkin berfikir material seperti emas atau berlian adalah yang termahal di dunia ini namun terdapat beberapa lagi material yang nilainya beratus kali ganda lebih mahal dan hanya terhasil dalam kuantiti yang sangat kecil.

16. Saffron - RM34/gram


15. Emas - RM171/gram

14. Rhodium - RM178/gram

Sunday 23 September 2012

Lawak - Chuck Norris Yang Menakjubkan

Chuck Norris merupakan seorang legenda di dalam bidang perfileman aksi.Antara buktinya beliau pernah berlawan one-on-one dengan mendiang Bruce Lee.Bagi sesiapa yang sudah mengenali Chuck Norris,kehebatan serta ketokohannya memang tidak perlu dipersoalkan lagi sehingga ada yang melabel beliau "demi-god" kerana kemampuannya melakukan apa saja di luar batasan pemikiran serta logik akal manusia.Kali ni EPIK mahu memaparkan antara sebab-sebab beliau dilabel begitu.


Auto - Lamborghini Mengeluarkan Kereta SUV Bernama URUS (12 Gambar)

URUS ialah sebuah kereta SUV yang unik dari Lamborghini. Ia memiliki bentuk yang sangat berkuasa tetapi tidak terlampau besar. URUS dicipta untuk memenuhi keperluan keluarga yang mahukan pemanduan yang sangat lancar dan selesa. Ia memiliki ruang duduk yang luas dan tempat menyimpan barang yang besar.

URUS berketinggian 1.66 meter, lebar 4.99 meter dan panjang 1.99 meter. Ia dilengakapi dengan enjin 4.0 liter V8 Turbocharge yang memberi kuasa sehingga 600hp dan juga dilengkapi dengan elektrik motor. URUS juga dikatakan lebih ringan sebanyak 100kg berbanding dengan pesaingnya seperti Audi Q7, Porsche Cayenne dan Volkswagen Touareg kerana pengurangan penggunaan karbon fiber.





Pelik - Pameran Rambut Di Muzium Quai Branly Perancis (13 Gambar)

Muzium Quai Branly, Perancis mengadakan satu pameran 'Cheveux Cheris' atau dalam bahasa Melayu dipanggil 'Sayang Rambut'.

Pada pameran tersebut, hampir 280 arca, patung dan gambar yang mempunyai latar belakang rambut yang unik dan ezotik dipamerkan. Kesemua bahan pameran diambil dari seluruh pelusuk dunia. Antara rambut yang dipamerkan ialah rambut kepunyaan orang yang telah dipenggal kepalanya oleh suku kaum asli di Ecuador.




Thursday 20 September 2012

Ohsem - Nostalgia Games 90an (68 Gambar)

Kenangan zaman budak-budak sememangnya tidak dapat dilupakan dan kali ni EPIK nak berkongsi dengan korang gambar-gambar games dari zaman 90an yang membuatkan zaman budak-budak korang sungguh Ohsem walaupun grafiknya tak secantik games masa kini.




Gempak - Filem Dredd 3D 2012 Lebih Aksi Dan Kejam (8 Gambar)

Filem Dredd 3D adalah filem remake dengan tajuk yang sama. Pelakon Dredd sebelum ini ialah Sylvester Stallone. Filem baru ini menggunakan khidmat pengarah Pete Travis. Pelakon Dredd yang baru pula dilakonkan oleh Karl Urban.

Berbanding dengan filem sebelumnya, Dredd 2012 padat dengan aksi yang menarik dibantu oleh teknologi CGI yang mantap. Penampilan Dredd ada sedikit berubah dimana tidak lagi kelihatan pad bahu berkilat pada baju Dredd seperti Dredd sebelumnya. Kostum yang digunakan Dredd juga nampak lebih usang tetapi lebih realistik dan masuk akal.

Filem baru Dredd 3D juga dikatakan lebih gelap dan kejam. EPIK tak sabar nak tengok filem Dredd baru ni. Ada sape2 nak belanja EPIK tak???




Tech - TV Lutsinar Loewe Inviso Yang Ohsem (4 Gambar)

Loewe Invisio merupakan satu konsep TV yang baru direka oleh Michael Friebe. Michael berkata, TV ini merupakan langkah seterusnya dalam inovasi televisyen. TV ini mengandungi flat skrin lutsinar yang boleh disesuaikan dengan persekitaran rumah. TV ini tidak mempunyai bingkai, jernih seperti kaca dan mempunyai TV ini hampir tidak kelihatan apabila tidak digunakan.

Loewe Invisio menggunakan teknologi baru yang menggabungkan LCD dengan teknologi paparan TOLED. Teknologi ini membuatkan televisyen itu membentuk satu paparan yang tidak lutsinar dan jelas dengan penghasilan warna yang banyak dan mantap.




Gadget - PS3 Baru Yang Lebih Kecil Dan Power (5 Gambar)

Baru-baru ni Sony Corp. telah memperkenalkan konsol permainan video PlayStation 3 (PS3) yang lebih kecik,ringan dan nipis menjelang cuti akhir tahun nanti.Antara sebab utamanya adalah demi bersaing dengan banyak gadget-gadget lain seperti komputer riba,tablet dan smart phone yang makin berleluasa.Saiznya hampir sama dengan sebuah komputer riba dan separuh lebih kecil berbanding saiz model asal yang diperkenalkan pada tahun 2006.Model baru ni juga ditawarkan dengan dua pilihan cakera keras (hard-disk) dalaman lebih besar iaitu 500 gigabit dan 250 gigabit berbanding model lama iaitu 320 dan 160 gigabit.Pelancaran global akan bermula pada 25 September di Amerika Utara menerusi versi PS3 yang memiliki kapasiti cakera dalaman 250 gigabait. Gadget ni akan dijual pada harga AS$269 atau RM823 seunit.Jadi yang belum ada PS3 tu ape lagi,kumpul duit cepat-cepat!




Cool - Hotel Kapsul Moden 9 Jam (13 Gambar)

Hotel Kapsul 9 Jam sangat popular di Jepun. Hotel ini mengandungi 125 kapsul kecil dipanggil hubs yang boleh memuatkan satu orang dewasa untuk tidur. Pada harga $80, pelanggan boleh menginap disini selama satu malam. Hotel ini dinamakan 9 Jam kerana ia mengamalkan konsep 1 Jam Shower + 7 Jam Tidur + 1 Jam Berehat.




Gempar - Lembu Yang Mempunyai Tanduk Seperti Unicorn (5 Gambar)

Seorang petani di China, Jia Kebong mula mendapati terdapati bonggolan di atas kepala lembunya ketka ia dilahirkan 2 tahun lalu. Tetapi, bonggolan itu semakin membesar dan memanjang menjadi seakan-akan tanduk sepanjang 20cm (8inci). Kini, lembu itu menjadi tarikan pelancong kerana ia mempunyai tanduk seperti haiwan mistik, Unicorn.



Wednesday 19 September 2012

Gadget - EarPods, Produk Terbaru Dari Apple (5 Gambar)

Baru-baru ni Apple telah melancarkan headset baru mereka iaitu EarPod. Mengikut pemerhatian EPIK, dari segi rekabentuk, EarPod dibina dengan ketahanan yang tinggi, dapat mengurangkan kekotoran pada wayar, selain lebih tahan air atau peluh berbanding sebelum ni.Tapi macam mana dengan kualiti audio atau bunyinya? Ramai yang kata produk Apple ni biasanya tak berbaloi dengan harganya, tapi itu pastinya tidak akan melemahkan para fanboy untuk terus mendapatkan satu lagi produk keluaran Apple ni. EarPod ni sebenarnya didatangkan dengan peranti secara percuma namun jika dibeli secara berasingan harganya cumalah RM109.


Gempak - Kostum Baru Superman Untuk Filem 'Man Of Steel' 2013 (11 Gambar)

Filem Superman terbaru yang akan keluar pada 2013 akan menggunkan kustom baru menggantikan kostum epik yang digunakan untuk filem-filem sebelumnya.

Kostum baru ini mula dipamerkan oleh WarnerBros pada festical Comic-Con San Diego. Kostum baru ini ternyata berbeza dengan kostum sebelumnya. Warna biru selalu menjadi tema kostum Superman ditukar menjadi biru gelap. Reka bentuk kostum ini juga membuatkan Superman nampak lebih gagah dan macho. Tetapi, apa yang menarik perhatian EPIK ialah, Superman baru ini tidak lagi memakai seluar dalam diluar yang menjadi kerisauan ibubapa takkala anak mereka bertanya, 'Ayah, kenapa Superman pakai spender dekat luar??'.




Ohsem - Pic Google Earth yang Aneh di Seluruh Dunia (30 Gambar)

Biasanya kita akan gunakan Google Earth atau Google Map untuk mencari tempat-tempat yang mahu dituju atau demi mengelakkan tersesat.Namun, tanpa kita sedari terdapat pelbagai imej-imej aneh lagi cool di permukaan bumi ini yang terhasil daripada tangan-tangan kreatif manusia di luar sana yang mungkin menghasilkannya secara suka-suka atau mempunyai tujuan tertentu.

  KFC space logo

Issaouane Erg desert – Dunes (Algeria)

 Firefox Logo

Style - Rumah Mewah Donald Trump Yang Dihiasi Emas Dan Marmar (12 Gambar)

Donald Trump merupakan taikun hartanah yang amat terkenal di dunia. Dia memiliki beribu-ribu hartanah yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit.

Salah satu kediaman mewah milik Donald Trump dan isterinya Melania Trump terletak di tiga tingkat teratas 'grand penthouse' di Trump Tower, Manhattan, New York. Penthouse ini dihiasi dengan emas dan marmar yang berharga. EPIK speechless bila tengok rumah Donald Trump ni. EPIK agak, harga dulang emas dekat rumah Donald Trump ni dah sama harga dengan motor yang EPIK guna sekarang.




Sukan - Stadium Yang Bakal Digunakan Pada FIFA World Cup/Piala Dunia 2014 Brazil (15 Gambar)

FIFA World Cup / Piala Dunia 2014 akan menjadi kejohanan kali ke-20. Piala Dunia 2014 akan diadakan di Brazil yang dijangkaan bermula pada 12 Jun hingga 13 Julai 2014.

Ini merupakan kali kedua Brazil menjadi tuan rumah selepas menjadi tuan rumah pada tahun 1950. Pada kejohanan kali ini, Brazil menggunakan haiwan terancam Armadillo (Tolypeutus tricinctus) sebagai maskot. Nama bagi maskot itu tidak diputuskan lagi tetapi sumber mengatakan nama yang bakal digunakan bagi maskot itu ialah Amijubi, Fuleco atau Zuzeco.

Kejohanan kali bakal menggunakan 12 stadium baru yang sudah dalam proses pembinaan.





Auto - Kemunculan Pertama McLaren P1 (7 Gambar)

Pembuat kereta British, McLaren telah memperkenalkan McLaren P1, sebuah kereta super yang menggantikan dominasi model McLaren F1 sejak 1990-an.

Kereta yang direka oleh Frank Stephenson ini dijangka mengganbungkan 3.8 liter V8 dari MP4-12C enjin dengan sejenis system hybrid yang mampu memcecah jumlah keseluruhan 1000hp.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...